Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

Dsquared2

Koleksi perfume terbaru I ialah: He Wood Rocky Mountain Wood by Dsquared2 and seperti biasa Ajax Shams yg tolong belikan kat Abu Dhabi. Thanks uols! Sedap bau dia!
Konsep Kayu Kayan raya tahun ni
Ni some of review pasal this perfume:

It belongs to collection Dsquared² Nature Always Wins, which is different, unique and complementary to other fragrances, as well as connected directly with theme of the house of Dsquared². Fragrance Dsquared² He Wood Rocky Mountain Wood was inspired by Canadian mountains and, as its name suggests, it is designed and dedicated to fans of nature. It is composed of rocky notes, mountain aromas and woody accords. The fragrance was created by Daphne Bugey, of such notes as amber, incense and musk, which reflect rocky notes, along with violet, Canadian lily and white pepper. Vetiver and cedar finish the composition.

Hado perfume uols bau Canadian mountains?

xoxo

Tuesday, August 23, 2011

Sakit Pinggang

Aduh.... Pinggang aku tetiba sakit start dr jm 5 petang semalam. Tatau sebab apa pinggang I sakit macam ni. Adakah ini mungkin ujian tuhan? Adakah ini akibat daripada gym berlebihan *hado alasan mals nak ke gym lepas bulan puasa*

Inilah keresahan yg aku alami
Tak mungkin I mengandung...Baru buang malam tadi
Disebabkan ittew, sesampai sahaja I di office pagi td, I telah membuat lawatan sambil belajar ke Twin Towers Medical Centre "Your Health Our Priority" *hado tagline gituh*.
Inilah stok ubat I
Kerisauan yg I alami telah berjaya dibuang. Kerna no more slip disc. Slip disc tak blh happen overnight uols. Ni muscle stress sajorh. Agak stress jugak lah I kat sini menahan sakit. Bulan puasa pulak tu. Nak makan ubat kena tunggu waktu berbuka. Yg paling I risau, Syawal dah semakin menjelma. Macam mana konsert malam raya I nanti kalau sakit ni berterusan? Mintak2 cepatlah sembuh. Amin....Uols doakan I ok! Salam Lebaran!

xoxo
 

Friday, August 5, 2011

Iftar - Day 4

Alhamdulillah. Selamat sudah hari ke-4. Semoga puasa kita semua pada hari ke-5 ni, akan lebih bermakna dan akan mendapat rahmat keatasNya. Semalam uols buka puasa apa? Seperti yg dijanjikan *mesti uols tunggu kan nak tau apa I buka puasa semalam* menu buka I seperti di bawah:
Kuih 3 Sehengget
Nasi Dagang Ikan Tongkol
Air Kacang Soya
Semua juadah ni I beli kat Bazaar Tasek Permaisuri. Kuih yg I beli sebenarnye kuih gulung yg dalam ada kelapa tu, kuih bakar and kuih talam ubi. Tapi talam ubi tu dah basi. Nasi Dagang I pulak, ikan nya banyak sgt tulang and keras. Air soya, I beli satu dapat free satu pasal dah kul 7+ and hujan and air dia byk lagi. Tapi sampai je kat rumah, satu bungkus air tu masih takde gula. Patutlah dia bg free. Gula mahal uols. I tatau pulak lepas ni nak makan apa...Uols ada idea? Please share dgn I.

xoxo

Thursday, August 4, 2011

Iftar - Day 3

Jam 5.40 I dah sibuk kemas bag nak balik rumah sbb nak beli barang berbuka puasa. Niat di hati mmg nak berbuka puasa kat rumah sendrik. Tapi bila terpikir balik, apa shj yg tinggal kat Bazaar Taman Desa tu, lantas I terus buat panggilan istimewa kepada insan istimewa *boleh ala2 kanak2 istimewa gitew* si Tasha. Tasha pulak masih lagi kat office, so boleh lah balik sama. Tunggu dia ard 6+ baru chow dr KLCC.

Sampai Bazaar Sri Permaisuri dah kul 7. So juadah berbuka puasa pada 3 Ramadhan:
RM4 satu bungkus ok! Mahal nak mamps

Sedap! Buy 5 free 1

Popiah Basah

Kuih lapis ubi

Nasi Beriyani Daging
I dah tatau nak buka apa lagi uols! Bila sampai kat bazaar tu, mmg ini je yg terpikir dan membuatkan I terliur. Takpe, maybe today I nak makan something new. Tapi kurang mengeyangkan sikit la....See how it goes! Uols buka apa semlm??? And waktu buka uols uols tgk tv tak? Cerita apa? Story lah dgn I....

xoxo

Wednesday, August 3, 2011

Nasi Kerabu

Menu I untuk buka puasa hari kedua ialah: Nasi Kerabu Daging + Telur Masin + Begedil + Roti John + Air Asam Boy.
Menjamu Selera
Hari kedua I dah tak tunggu lagi. Terus decide nak ke Bazaar Tasek Permaisuri and Ive decided to Iftar kat rumah Tasha. Adalah lebih baik berbuka puasa beramai2. Nasib baik dengan belas ehsan sog makcik ni, I dpt beli daging bakar shj...pasal daging bakar kedai yg I beli dah habis. Kalau tak, kempunan nak makan nasi kerabu daging. Yg penting, nasi kerabu bukan hado kat Taman Desa. Uols berbuka apa semlm? Tell me..Tell me..

xoxo

Salam Ramadhan 2011

Rasanya beum terlambat untuk I ucapkan dekat uols ....Salam Ramadhan... Hari ni dah masuk hari ke-3. Semoga kita semua akan mendapat rahmat dariNya untuk meneruskan ibadat puasa dengan penuh berkat.

I tak nak bg ceramah panjang2, just nak story kisah I pada hari pertama Ramadhan. Puasa tahun ni sgt mencabar buat diri I. 1st day of Ramadhan bersamaan dengan 1 August 2011, I report duty to new office. So first day kat new office adalah sgt mengantuk dan membosankan even perasaan tu excited to start my work.
My WorkStation
Time lunch hour, I tatau nak buat apa. Just browsing and do some reading on SOP and policies until jam 1.10 I baru pasan yg I tak kuar office langsung....zass.....I terus angkat kaki *make sure tonasi Sheeda angkat kaki uols* and turun KLCC jalan2 ke kedai Machines. Mengantuk gila kalau duduk je kat office.

My Pass uols *elok kan???*
Then, lepas je lunch tu, masa berlalu macam cepat plak. Coz I make myself busy dengan baca policies. I chow dr office at 5.30+ then undecided nak balik Kajang ke tak....coz takut jalan jam. At last, I terus buat keputusan utk beli kat Bazaar Taman Desa je. Sampai je kat Taman Desa, tup2 makanan sume dah habis. Yg tinggah, hanyalah saki-baki je..Sedih....Terus I call Monkey and we all rushed to Bazaar Tasek Permaisuri pergi bazaar sana plak. Sampai je bazaar Tasek, pun sama jugak uols. Majority semua stall dah habis. Sampai air pun sume habis. Sudahnya, I beli daging beriyani at 1 stall, nasi minyak at another stall and kuih semua dah habis.
Nasi Beriyani yg enak
Tapi, alhamdulillah sedap... berbekalkan acar buah *my favourite uols* Nanti I cerita menu hari kedua puasa pulak erk. Salam...

xoxo



Monday, July 18, 2011

Sayonara

Hanya 1 tahun 6 bulan sahaja I bertahan kerja di company sekarang and 1 August 2011 nanti I akan join Khazanah Nasional Berhad


1Malaysia Badge
Main Entrance
If I have to rate, this is the best company I've ever been in terms of everything. Tapi seperti orang kata, rezeki I berada di Khazanah. Wish me all the best uols!


xoxo

Tuesday, June 7, 2011

Thank You Note #4

Thank you to Zyrol Hisham for the birthday gift! Its ------------->
Hi Zack! My name is Billy
Zy mmg salu buat kejutan dgn hadiah2 ni. Dan seperti biasa, hadiah dia terbalut rapi sampai sayang utk kita bukak. Dia bg hadiah ni kat I masa tournament volleyball Urban open last weekend! Thanks again! Muah!


xoxo

Wednesday, June 1, 2011

Kemas Friendship Dinner

Location: The Zone Kuala Lumpur
Date: 30 April - 2 May 2011

Benda ni sbnrnye dah lama gila pending nak update. Tapi disebabkan I terlalu busy, almaklumlah I kan celebrity uols, I takde masa nak update. So, skrg baru yg dpt upkan *hajarnye dah sebulan lebih baru kau hapdet blog kau*
Hado konon gambar tahun 70-an. Mode: Sopan
Event ni mmg ditunggu2 oleh semua ahli Kemas. Selama hampir 60+ hari kitorg menanti Miss Penjara Kasih pulang ke tanah air, akhirnya berjaya juga. Masing2 pun bwklah makanan masing pasal konsep yg Kemas ketengahkan kali ini ialah Potluck Party. So dptlah merasa air kaki kawan2. I rasa better I list kan makanan yg dibawa oleh Kemas:
  • Eszu & Oliver: Pizza
  • Kimmi & John: KFC
  • Tasha (Miss CDD I): Fresh juices
  • Ajax Shams (Miss Penjara Kasih): Roti bom + Sambal sotong sedap nak mamps
  • Mama Radz: Tartlet + Sushi
  • Neiry: Brownies
  • Jidin & Azhar: Mee goreng
  • She: Spaghetti
  • Najib aka Diva (Miss CDD II): Satay 40 cucuk sajorh
  • Rizal: Buah-buahan harga terendah
  • Nazrey aka Crown: Ais krim Cornetto kecik dan juga air buah
Perlu ye uols I tekankan pada satay 40 cucuk sajorh and buah-buahan pada harga terendah ittew. Lepas ni konsep potluck kalau tak cukup RM70, yg kurang tu belilah top up utk kawan2.
Buah pada harga terendah ihsan dr Rizal
Satay 40 cucuk ihsan dr Diva
Takpelah uols. Yg penting masing2 happy and we had so much fun percutian selama 3D 2N ni. Thanks to Jerry, Ajax, Oliver and Eszu! Next time, buat lagi k! Ni 2 lagi gambar:
Ohhh....cantik ke?
Uols ada percutian kat KL yg uols tak dpt lupakan? Kalau hado, share lah dgn I. Buat karangan yg bertajuk: Percutian di Sekitar Kuala Lumpur Yang I Tak Dapat Lupakan and post kat dlm blog uols! Pastu, PM I utk I baca! Pemenang akan menerima sebuah peti hampagas berjenama Singer!

xoxo

Thank You Note #3

Happy 29th Birthday Kimmi
Gift from Monkey
Bvlgari Aqva Puor Homme
Thank you to all especially to my:

Monkey: for the lovely gift! 

Family: For the unexpected advance birthday cake courtesy from my aunty. Love you all!

Volleyhood: Awien, Utt, Jazz, Daisy, Amir, Aziz, Ford, Sobri & Suza

xoxo


Thursday, April 28, 2011

Myeg

I berbangga dengan service yg diberikan oleh Myeg. My license expired last February and baru semlm I teringat. Dah lah I malas nak jalan ke KLCC utk renew my license. So, I terus masuk Myeg and renew it from there. Hari ni trus sampai uols! Mantap! Thank you Myeg! Kepada sesiapa yg malas macam I jugak, please visit this website:


Inilah bungkusan yg telah memudahkan hidup I

xoxo

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat ninda tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada hari Rabu 27 April 2011 bersamaan dengan 23 Jamadil Awal 1432 Hijrah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah.


xoxo

Wednesday, April 27, 2011

Ejah Shariat

Kepada sesiapa yg berminat nak beli shawl, please visit this blog:

Click here ----> Shawlsfabs

Ejah Shariat is my schoolmate from Sains Selangor! Korang boleh jugak follow twitter dia at: ejahshariat

Happy Shopping! Here are some samples:
Tudung Morocco
Shawl Najihah
Mcm I kenal je model ni
Ni model paling bertahan kat blog ni
P/s: Kalau I nak jd model blh tak?

xoxo

Cadbury Milky Top

I sampai je kat office pagi ni, I nampak kat atas meja I dah hado 3 bijik chocolate yg bernama Cadbury Milky Top. I seram. Mesti hado yg dengki dengan kecantikan I. I tak usik pun. I amik pensel, tolak pelan2 ke tepi
Bahan jampi yg berupa coklat
Bila I dah tolak tepi, I nak kuar lah pergi breakfast. Then sambil jalan tu I perasan setiap meja hado uols! Bukan coklat jampi rupanya. Ade lah yg baru balik dr obersis tuh! Tapi, I masih tak dpt tolak andaian hado yg masih dengki dgn kecantikan I *hado berangan kau cantik??*
My name is Freddo
Tu lah rupa coklat tu! Comel kan! Ngap! I telan sekali sajorh!


xoxo

Gobo at Traders Hotel

Traders Hotel Kuala Lumpur
25 April 2011

I pergi lunch with my colleague at Gobo restaurant located at Traders Hotel. One of my colleague ckp makanan dia best gile tapi biasa2 je.. Ni mende yg I makan:
Menu! G for not-so-"Great"
Salmon
Cod Fish
This month, they are promoting white asparagus imported from France. So, kalau uols nak try white asparagus, dtg lah makan kat sini!

xoxo


Friday, April 22, 2011

John Lai



Happy 31st birthday to John! Wishing you all the great things in life and hope this day will bring you an extra share of all that makes you happiest. To the world, you may be one person. But to me, you are the world. 


"Count you life by smile, not tears,
Count your age by friends, not years"

xoxo

Tuesday, April 19, 2011

Fitness First Menara Axis

Dalam my last entry ----> Gym I kan ada kata nak gigih ke gym tapi I tetap malas uols! First quarter of 2011 dah habis dah and as of now nan hado result! Tapi I sempat amik few photos kat gym:
Mari berlari setempat
Toodiah OC gigih buat step
Machines area
Posing je uols!
Takpe. I yakin...satu hari nanti I mesti dpt tubuh I letop *matilah berangan non stop* lagipun skrg body I slim fit toned muscular kan???? Ha ha ha! Any of uols ada tips kecantikan or macam mana nak badan berotot?? Pls share dgn I!


xoxo

NTV7 Studio

Last weekend I dgn John ke Glenmarie Shah Alam untuk recording rancangan click here ----> Sejuta Impian for TV3 at NTV7 Studio pasal my co is the sponsor for the funds. Agak best jugak this show and it will be on air soon! Uols tgk k and naikkan rating this show! To all my friends yg baca this entry, next time kalau diorg open lagi, please enter ok and give your idea!
Rehearsal time
Lighting dah start dah
5 minutes to recording time
xoxo

Zahir Zarif

Comelnye!!
Ni gambar anak cousin I. Nama dia Zahir Zarif. Baru setahun lebih umur dia. Comel sgt! Since majority blogger2 yg lain sibuk meng'advert'kan anak masing2 dengan ada yang pakai tudung lah, pandai kira 1,2,3 lah..pandai nyanyi lah..So, I nak promo jugak. Tapi bukan anak I. Uols hado budak yg uols berkenan? Mesti budak kecik/bayi ok! Kalau yg dah besar tu, uols kasi tau I senyap2 je!

xoxo

Friday, April 15, 2011

Jaja

Kepada sesiapa yg berminat untuk menempah chocolate seperti gambar kat bawah, uols blh visit this link:

Click This ----> Jaja's Chocolate

Untuk pengetahuan uols, Jaja ni kawan I masa kat Sains Selangor dulu! Tempah banyak2 ok!

P/s: Thanks to Fitri for giving me idea on how I can help Jaja to promote!

xoxo