Nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Think About It

Kes: Merompak
Lokasi: Damansara


I dpt cerita ni from one of very best friend. Dia menceritakan kwn baik dia kena rompak (nama watak mangsa rompak ialah Sham). Kejadian berlaku kat Damansara Perdana kat sebuah condo kat situ: Ritz Condo kot..I pun dah lupa apa nama condo tuh. Kisah nye macam ni, Sham ni lately mengadu sakit belakang. Dia dah pergi hospital takut2 terkena slip disc *hado kau tau macam mana slip disc tuh* Tapi, alhamdulillah bukan slip disc. 
Kat bahagian tu lah saya sakit
So, dia dah banyak kali discuss dgn kawan2, boss dia sume. Tapi still tak baik2 and lama-kelamaan sakit makin teruk. Setahun sebelumnya, dia pernah bwk seorg juruurut *hado ke istilah ni* dtg ke rumah dia. Katanya no hanky-panky! Urut semata2 utk mengubati sakit2 badan. So, nak dijadikan cerita, secara tiba2 tukang urut ni sms tanya khabar setelah setahun menghilang tanpa khabar berita. Tau2 je kan member tgh sakit belakang!
Jom buat senaman ringan utk elak sakit belakang
So, si Sham ni pun gembira lah. Umpama pucuk di cita ulam mendatang *gitu I berperibahasa...terasa macam kerja kat dewan bahasa pulak* Terus si Sham membuat perjanjian dgn si juruurut ni. Hari yg di nanti telah tiba, si juruurut dtg ke rumah Sham. Kali ni dia bwk kawan. Katanya, kwn dia tumpang sekali. So, si Sham ni agak lurus agaknya, terus benarkan diorg berdua masuk!
Suka Pak Itam Ikan Masuk Jerat
Spt biasa, si Sham ni pun gembira lah! Yelah dgn harapan sakit badan akan baik. Tgh2 urut ni...tiba2 *pastikan nada Juliana Banos uols* Kwn si juruurut ni masuk bilik and acukan pisau kat leher Sham. Awas!!!! Baru lah dia tau yg dia tgh kena rompak! Sham ni dibogelkan dan diikat uols! Tak ke nampak poen dia yg halus ittew *ha ha ha..ni I tambah je* Semua brg berharga dia spt laptop, suit sume including duit kat dlm bank di curi. Perompak *perasan tak I dah tak guna istilah juruurut lagi....pandai kan I tulis cerita...!* ni mintak ATM pin no. Sham ni di ugut kalau dia beri salah pin, dia akan bunuh. 
Kau nak mintak tlg dgn sape??
Terpaksa lah Sham serahkan pin no ATM dia. Bila dah dpt pin no, kawan si perompak ni terus pergi withdraw! Lepas tu, perompak ni terus lari! Skrg ni, Sham mengalami post-trauma. Takut nak balik rumah and planning to move out from that house.


Moral of the story:

  1. Jangan benarkan/ajak org yg tak dikenali masuk ke rumah. Jika perlu, pastikan ada org lain di rumah kita yg dpt membantu
  2. Jika uols perasan sumthg different like juruurut yg dtg bersama kawan, jgn bukak gate/pintu rumah
  3. Kalau uols nak urut, pi lah Fresh ke Sampoerna ke or even Haven! Konpem hado happy ending uols!
P/s: Mintak2 takde lah terjadi pada keluarga dan kawan2 I. Amin!


xoxo

1 comment :

Fitri Senin said...

kwn ko tu mmg lurus la..apakah tkg urut rajin sgt nk dtg rmh?knp dia x berurut je kt rmh org itu..hmmmm...next time ko tlg la teman dia..dh la sakit..sakit xbaik..tmbh trauma lg..