Nuffnang

Tuesday, March 22, 2011

Seoul Day #2

 3 March 2011

Kitorg start our second day dengan kalimah suci alhamdulillah kerna dapat bangun pagi dengan awal dan tanpa masalah *hado org pergi holiday bermasalah nak bangun pagi?* Ard 7+ I dah bangun. Apa lg, tugasan mengetuk setiap bilik ni mmg tugas I. Kalau tak ketuk never lah nak bangun kan. Tempat pertama yg I pergi: Gyeongbokgung Palace. I never tau sejarah and never pedulik nak baca apa yg diorg tulis kat batu2/papan tanda uols! Pergi setakat nak pose2 sajorh! Kat sini jugak ada National Folk Museum. Area dia tersgt lah besar ok!
Gyeongbokgung Palace
Puppy & Puppy
Kami tak dpt bertahan lama pasal temp tersgtlah sejuk. Yg penting, Hami terjumpa saudara sekampung uols! Ard 1+ masing2 dah kelaparan akibat drpd tak breakfast sblm kuar berjalan and masing2 dah cranky! Zass.....trus naik MRT ke City Hall. Akhirnya penantian I berjaya uols. Jumpa kedai makan yg sedap and the best thing hado menu in English. The best part is, tmpt kami makan tu, betul2 sblh Deoksugung Palace. Tak perlu lah I masuk lagi pasal I percaya mesti same jugak dgn palace sblm ni. Takat pose2 amik gambar kat luar sket je...dan hasilnya: 
Anyeong Haseyo *tak ke Korean macam nak lempang tgk aku*
High Fashion - Korea Fashion Week Spring 2011
Pastu, I truskan berjalan ke Gwanghwamun Square. Kaki I dah mula rasa sakit. Kalau uols nak tau, kat Seoul ada tour guide bergerak. Diorg akan pakai apron tertulis: Can I Help You?? *nasib nan hado yg cando uols....kalau hado tak ke melks heret dah* Smpi je kat situ, I pose 10-15 frames, then cabut pasal kat sini terlalu berangin and sejuk. Bila smpi je sini, kitorg nampak gate masuk ke Gyeongbokgung Palace tu. Hanjeng. Tak ke sbnrnye Gwanghwamun Sq ni berdepan sajorh...I gigih lah dok bc map naik MRT segala. Takpe uols...jauh perjalanan luas pengalaman. Ni lah hasilnya:
I dgn John *Jaga saya ye Panglima Perang*
Nampak je panas uols..tapi temp below 5 & very windy *Windy ni bahasa Korean utk berangin. Kalau kat KL Cindy*
Kat tepi this square, hado Starbucks Coffee. Kitorg stop sat menghirup kopi panas. Amat enak skali! Next stop kitorg: Bukchon Hanok Village. Indah khabar dr rupa uols. Satu sajorh rumahnya..Itupun konsep org dtg tak nak bukak pintu. Kekwat! Tapi based on Eszudeen, mmg ada perkampungan Hanok ni lagi kalau I gigih jln ke depan lagi...Tapi, biasalah...I kan mudah mengalah. 
Boleh saya tumpang lalu?
Kaki I dah start sakit chronic time ni. Kitorg truskan berjalan ke Insadong; tmpt yg for me consider indah sgt. Kat sini byk jual souvenir and mcm2 blh cube for tourist i.e.: tea experience, art, culture etc. Tapi, souvenir kat sini agak mahal. Tapi I beli jugak...psl takut tak jumpa kat tmpt lain. Sudahnya...makan hati!
Insadong
I dgn John kat Insadong lagi
Jalan lagih....itulah semangat kontinjen Malaysia uols. Kaki I dah bagai nak rak sakit ni..ttp gagahkan diri. Kalau I nak stop nanti, ada je pulak yg maki kan. Kawan2 I bukan blh harap sgt. Takde sifat bantu-membantu dan kasih-mengasihani. Jealous dgn model cantik macam I. *toodiah nak suruh org carut kau balik* Kitorg jalan ke Myeongdong. And tetiba nampak lah Han River spt yg diperkatakan. Mmg jernih air dia. I terus sembahyang sunat kat situ. Alhamdulillah. Jiwa I tenang. Ni aksi kami di Han River:
Student Thn Akhir Jurusan Seni Halus Malaysia di Korea
Otw to Myeongdong with Hami
Smpi je kat Myeongdong, dah ard 7+. Kitorg jalan2 je..this area is like Bkt Bintang. So agak modern and byk jugak night market. Tapi takde beli apa2 coz xde benda yg menarik perhatian I. Perut pun dah lapar and bernasib baik terjumpa restaurant, tapi malangnya, I terpaksa duduk asing2. I, John and Musa & Hami, Eszu, Oliver (Team Malang). Hajarnya, tulisan sume bertulis Korea. Nasib baik ada sorg pelanggan yg fasih English. I tanya lah:

Kimmi: Do you se-peak English *feeling2 Thai Boy*
Korean-Girl: Yes!
Kimmi: Oh...good. I want to know what are you eating now? Is that pork or chicken?
Korean-Girl: This is chicken
Kimmi: Oh..Thank you! *girang! Matilah konon2 chicken ittew disembelih*
Korean-Girl: But this is spicy!
Kimmi: *dgn kondifen I jawab* Soccay. Thank you!

I pun gembira. Trus order. I ke meja Team Malang and bg tau I ada tanya customer tu and order bla..bla..bla..*I tak bg tau mende tu pedas* I ambik langkah bijak mintak "hot" sajorh. I biar je Team Malang order uols! Zass.....Mmmg hazab! Tak ke nak terkeluar dihujung sana tempatmu bunga melur! Pedas ya amats! I pun terkekek gelak.
Inilah dia makanan yg menguji ittew
Lepas makan kat Myeongdong, kitorg trus balik hotel and rest. Ard 10+ kami dah gerak semula ke Itaewon utk clubbing. Tapi sedih. Pasal diorg macam Malaysia jugak. Weekdays nan hado apa2 uols. Friday baru start buzy. So, delegasi Malaysia pulang dengan perasaan hampa dan tidur! Nanti kalau I ada masa, I buat entry Day #3 ok! I tau uols sume tak sbr2 nak dgr cite I.

xoxo

2 comments :

Fidree Aziz said...

yang tak tahan sembahyang sunat tuh?!!!

apapun, jalan cerita sgt menarik dan tak bosan untuk dibaca!! Next vacation???

Ajax Shams said...

kan...
sehari tuh rasa macam cepat jer kalo baca blog ko nih...
sebab aku rasa mcm penulis malas nak citer part drama akak2, adik2 nyecan smua kan?

apa2 pun kelakar hokei part smayang sunat tuh...
*matilah jahil*