Nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Think About It

Kes: Merompak
Lokasi: Damansara


I dpt cerita ni from one of very best friend. Dia menceritakan kwn baik dia kena rompak (nama watak mangsa rompak ialah Sham). Kejadian berlaku kat Damansara Perdana kat sebuah condo kat situ: Ritz Condo kot..I pun dah lupa apa nama condo tuh. Kisah nye macam ni, Sham ni lately mengadu sakit belakang. Dia dah pergi hospital takut2 terkena slip disc *hado kau tau macam mana slip disc tuh* Tapi, alhamdulillah bukan slip disc. 
Kat bahagian tu lah saya sakit
So, dia dah banyak kali discuss dgn kawan2, boss dia sume. Tapi still tak baik2 and lama-kelamaan sakit makin teruk. Setahun sebelumnya, dia pernah bwk seorg juruurut *hado ke istilah ni* dtg ke rumah dia. Katanya no hanky-panky! Urut semata2 utk mengubati sakit2 badan. So, nak dijadikan cerita, secara tiba2 tukang urut ni sms tanya khabar setelah setahun menghilang tanpa khabar berita. Tau2 je kan member tgh sakit belakang!
Jom buat senaman ringan utk elak sakit belakang
So, si Sham ni pun gembira lah. Umpama pucuk di cita ulam mendatang *gitu I berperibahasa...terasa macam kerja kat dewan bahasa pulak* Terus si Sham membuat perjanjian dgn si juruurut ni. Hari yg di nanti telah tiba, si juruurut dtg ke rumah Sham. Kali ni dia bwk kawan. Katanya, kwn dia tumpang sekali. So, si Sham ni agak lurus agaknya, terus benarkan diorg berdua masuk!
Suka Pak Itam Ikan Masuk Jerat
Spt biasa, si Sham ni pun gembira lah! Yelah dgn harapan sakit badan akan baik. Tgh2 urut ni...tiba2 *pastikan nada Juliana Banos uols* Kwn si juruurut ni masuk bilik and acukan pisau kat leher Sham. Awas!!!! Baru lah dia tau yg dia tgh kena rompak! Sham ni dibogelkan dan diikat uols! Tak ke nampak poen dia yg halus ittew *ha ha ha..ni I tambah je* Semua brg berharga dia spt laptop, suit sume including duit kat dlm bank di curi. Perompak *perasan tak I dah tak guna istilah juruurut lagi....pandai kan I tulis cerita...!* ni mintak ATM pin no. Sham ni di ugut kalau dia beri salah pin, dia akan bunuh. 
Kau nak mintak tlg dgn sape??
Terpaksa lah Sham serahkan pin no ATM dia. Bila dah dpt pin no, kawan si perompak ni terus pergi withdraw! Lepas tu, perompak ni terus lari! Skrg ni, Sham mengalami post-trauma. Takut nak balik rumah and planning to move out from that house.


Moral of the story:

  1. Jangan benarkan/ajak org yg tak dikenali masuk ke rumah. Jika perlu, pastikan ada org lain di rumah kita yg dpt membantu
  2. Jika uols perasan sumthg different like juruurut yg dtg bersama kawan, jgn bukak gate/pintu rumah
  3. Kalau uols nak urut, pi lah Fresh ke Sampoerna ke or even Haven! Konpem hado happy ending uols!
P/s: Mintak2 takde lah terjadi pada keluarga dan kawan2 I. Amin!


xoxo

Wednesday, March 23, 2011

Stinky Seoul

Location: Seoul MRT

video

Ni pengalaman I di Seoul yg paling tak dpt dilupakan. Mmg hari terakhir yg begitu dramatik sekali. I bergerak dr Myeongdong nak balik ke hotel. Bila masuk je MRT, zass.....I berbau seperti udang kering! Musa dah selamat duduk di kerusi bg mereka yg memerlukan *senior citizen* and I, Hami and John betul2 depan perempuan dlm video tu. I menyimpulkan yg perempuan dlm video ni mungkin tak siuman. Berikut adlh pemerhatian I:


Tidur - Hado org naik train tido gitu?? Tersengguk hazab uols! Kalau org normal tido, lentuk ke depan or light2 sajorh. Ni hado siap makan tmpt duduk org sebelah???


Busuk - Rupenye, bau udang kering tu, dtg dr dia. Mmg pesinggggg.......sgt uols. Kami hanya mampu menahan hidung. Setiap kali train stop, org sume akan berebut tmpt duduk. Tapi, bila dah duduk, zasss......satu-persatu wassalam. Lari ke tmpt lain. Kitorg ber3 jugak yg tegar/kental dgn harummmm manisss nya! Ada sekali tu, dia betulkan rambut dia.....bau dia menusup masuk terus ke hidung!


Pembersih - Walaupun dia mampu mengeluarkan aromatherapy yg lazat, dia jugak pembersih. Bila sekali dia terjaga, dia sibuk bersihkan habuk2 kat baju and seluar dia. Lepas bersihkan, siap tepuk2 tangan *ala2 nak hilangkan habuk dr tangan* Boleh, dlm plastic dia tu, ada tissue. Dia bersihkan baju dia dgn tissue and hajarnya campak tissue tu kat Hami. Ha ha ha. Konsepnya ala2 biar berbau, jgn hado habuk! Mampu???


Uols ada pengalaman dgn org gini?? 


xoxo

Tuesday, March 22, 2011

Seoul Day #2

 3 March 2011

Kitorg start our second day dengan kalimah suci alhamdulillah kerna dapat bangun pagi dengan awal dan tanpa masalah *hado org pergi holiday bermasalah nak bangun pagi?* Ard 7+ I dah bangun. Apa lg, tugasan mengetuk setiap bilik ni mmg tugas I. Kalau tak ketuk never lah nak bangun kan. Tempat pertama yg I pergi: Gyeongbokgung Palace. I never tau sejarah and never pedulik nak baca apa yg diorg tulis kat batu2/papan tanda uols! Pergi setakat nak pose2 sajorh! Kat sini jugak ada National Folk Museum. Area dia tersgt lah besar ok!
Gyeongbokgung Palace
Puppy & Puppy
Kami tak dpt bertahan lama pasal temp tersgtlah sejuk. Yg penting, Hami terjumpa saudara sekampung uols! Ard 1+ masing2 dah kelaparan akibat drpd tak breakfast sblm kuar berjalan and masing2 dah cranky! Zass.....trus naik MRT ke City Hall. Akhirnya penantian I berjaya uols. Jumpa kedai makan yg sedap and the best thing hado menu in English. The best part is, tmpt kami makan tu, betul2 sblh Deoksugung Palace. Tak perlu lah I masuk lagi pasal I percaya mesti same jugak dgn palace sblm ni. Takat pose2 amik gambar kat luar sket je...dan hasilnya: 
Anyeong Haseyo *tak ke Korean macam nak lempang tgk aku*
High Fashion - Korea Fashion Week Spring 2011
Pastu, I truskan berjalan ke Gwanghwamun Square. Kaki I dah mula rasa sakit. Kalau uols nak tau, kat Seoul ada tour guide bergerak. Diorg akan pakai apron tertulis: Can I Help You?? *nasib nan hado yg cando uols....kalau hado tak ke melks heret dah* Smpi je kat situ, I pose 10-15 frames, then cabut pasal kat sini terlalu berangin and sejuk. Bila smpi je sini, kitorg nampak gate masuk ke Gyeongbokgung Palace tu. Hanjeng. Tak ke sbnrnye Gwanghwamun Sq ni berdepan sajorh...I gigih lah dok bc map naik MRT segala. Takpe uols...jauh perjalanan luas pengalaman. Ni lah hasilnya:
I dgn John *Jaga saya ye Panglima Perang*
Nampak je panas uols..tapi temp below 5 & very windy *Windy ni bahasa Korean utk berangin. Kalau kat KL Cindy*
Kat tepi this square, hado Starbucks Coffee. Kitorg stop sat menghirup kopi panas. Amat enak skali! Next stop kitorg: Bukchon Hanok Village. Indah khabar dr rupa uols. Satu sajorh rumahnya..Itupun konsep org dtg tak nak bukak pintu. Kekwat! Tapi based on Eszudeen, mmg ada perkampungan Hanok ni lagi kalau I gigih jln ke depan lagi...Tapi, biasalah...I kan mudah mengalah. 
Boleh saya tumpang lalu?
Kaki I dah start sakit chronic time ni. Kitorg truskan berjalan ke Insadong; tmpt yg for me consider indah sgt. Kat sini byk jual souvenir and mcm2 blh cube for tourist i.e.: tea experience, art, culture etc. Tapi, souvenir kat sini agak mahal. Tapi I beli jugak...psl takut tak jumpa kat tmpt lain. Sudahnya...makan hati!
Insadong
I dgn John kat Insadong lagi
Jalan lagih....itulah semangat kontinjen Malaysia uols. Kaki I dah bagai nak rak sakit ni..ttp gagahkan diri. Kalau I nak stop nanti, ada je pulak yg maki kan. Kawan2 I bukan blh harap sgt. Takde sifat bantu-membantu dan kasih-mengasihani. Jealous dgn model cantik macam I. *toodiah nak suruh org carut kau balik* Kitorg jalan ke Myeongdong. And tetiba nampak lah Han River spt yg diperkatakan. Mmg jernih air dia. I terus sembahyang sunat kat situ. Alhamdulillah. Jiwa I tenang. Ni aksi kami di Han River:
Student Thn Akhir Jurusan Seni Halus Malaysia di Korea
Otw to Myeongdong with Hami
Smpi je kat Myeongdong, dah ard 7+. Kitorg jalan2 je..this area is like Bkt Bintang. So agak modern and byk jugak night market. Tapi takde beli apa2 coz xde benda yg menarik perhatian I. Perut pun dah lapar and bernasib baik terjumpa restaurant, tapi malangnya, I terpaksa duduk asing2. I, John and Musa & Hami, Eszu, Oliver (Team Malang). Hajarnya, tulisan sume bertulis Korea. Nasib baik ada sorg pelanggan yg fasih English. I tanya lah:

Kimmi: Do you se-peak English *feeling2 Thai Boy*
Korean-Girl: Yes!
Kimmi: Oh...good. I want to know what are you eating now? Is that pork or chicken?
Korean-Girl: This is chicken
Kimmi: Oh..Thank you! *girang! Matilah konon2 chicken ittew disembelih*
Korean-Girl: But this is spicy!
Kimmi: *dgn kondifen I jawab* Soccay. Thank you!

I pun gembira. Trus order. I ke meja Team Malang and bg tau I ada tanya customer tu and order bla..bla..bla..*I tak bg tau mende tu pedas* I ambik langkah bijak mintak "hot" sajorh. I biar je Team Malang order uols! Zass.....Mmmg hazab! Tak ke nak terkeluar dihujung sana tempatmu bunga melur! Pedas ya amats! I pun terkekek gelak.
Inilah dia makanan yg menguji ittew
Lepas makan kat Myeongdong, kitorg trus balik hotel and rest. Ard 10+ kami dah gerak semula ke Itaewon utk clubbing. Tapi sedih. Pasal diorg macam Malaysia jugak. Weekdays nan hado apa2 uols. Friday baru start buzy. So, delegasi Malaysia pulang dengan perasaan hampa dan tidur! Nanti kalau I ada masa, I buat entry Day #3 ok! I tau uols sume tak sbr2 nak dgr cite I.

xoxo

Tuesday, March 15, 2011

Thank You Note #2

L to R: Shihal, John, Kimmi, Musa, Eszudean and Hami
Thanks to Sn Flight Attendant Noor Shihal (AirAsia X Cabin Crew) for your great hospitality!

P/s: Kami dpt fruit cake and muffin!

xoxo

Travel: Seoul Day #1

KUL-ICN
Flight No: D7 2682 1355 hrs Wed 2 March 2011


ICN-KUL
Flight No: D7 2683 2320 hrs Sun 6 March 2011


Dah lama jugak I tak buat entry baru dlm my blog. Thats because of I super busy with work! Sampai takde masa nak check FB kat office *ersey..... Tapi disebabkan permintaan ramai especially Fitri and Ajax I gagahkan diri jugak utk tulis *feeling abg2 perkasa*.
Kecik2 dah gini hado besar nak jd gagah?
Sepertimana yg uols sume tau, I dah dpt seruan ke Seoul dan telah selamat pulang dgn selamat. Terima kasih kepada mereka yg telah mendoakan pemergian I. Semoga roh anda dicucuri rahmat ke atasNya. I dgn Monkey mmg ada tabiat menabung duit syiling sejak dr kecik lagi. Duit tabungan ni akan digunakan utk tambang bus+cabby+train+food kat airport or senang cite sebelum depart lah! So, pagi2 bangun masa hari nak ke Seoul tuh, kitorg p tukar duit dulu kat Maybank. Dptlah dlm 300+. Tup2 I tgk jam dah ard 9.30! Zass....janji dgn si Musa nak jumpa kat KL Sentral at 10.30! Trus kami bergegas *bergegas tuh* balik umah and siap. I seperti biasa sempoi je nak travel.
Delegasi Malaysia utk KNTM S1

Bila I sampai je kat Sentral, Musa ajak naik ERL. MOJ! Pasal naik bus tgh hari ni memeningkan kepala. Nak dijadikan cerita, kami satu train dgn Hami aka Vee Vanida Oshara Binti Omar. Sedih tgk keadaan dia yg mata bengkak *sakit mata uols*. Sampai kat LCCT, trus  check-in bag and jumpa Eszu. All of us had lunch kat Old Town. Haapppyyyy!!!!
Org keliling harus maki sbb tak tau duduk diam
Flight kitorg delay for abt 15mins. Pasal sorg mat saleh hanjeng ni. Dah lah busuk, lambat masuk and zasss……dia duduk sebelah I! Hazab kan! Tapi nasib baik lah flight kitorg tak penuh uols. Dia tau I ni jenis abang2 yg ganas….I rasa dia takhot dgn I. Terus dia pindah tmpt duduk. KUL-ICN tak lama sgt uols. Takat 6 jam sajorh. Yg best, kawan I and Mazlin adalah leading stewardess! Sukaaaaaa…..!! 
Sn FA: Noor Shihal
Thanks You Note #2 <---- Click here to Sn Flight Attendant Noor Shihal for your great hospitality!

Kami sampai blh kira on time kat Incheon Int Airport. Besar airport dia uols. Service sgt cepat. No wonder lah dia dpt Best Airport in the World! Uols penah jejakkan kai ke kat best airport? *Soklan nak kena maki* Keluar2 dr plane, dah sejuk uols. Pilot kata suhu -2 sajorh! Tak ke menggigil I. Sblm kitorg naik train nak ke Seoul Metropolitan City, kitorg sempat jugak isap rokok sebatang kat luar airport tuh. Feeling2 sejuk tak sbr!
Otw to immigration
Tunggu train nak ke immigration
Kitorg naik train yg di panggil Korail from Incheon Int Airport Stn (this is like Komuter) and change at Hongik University (this is subway). 
Korail
From Hongik University Stn kitorg perlu ke Sangwangsimni Stn. Sampai je kat this stn, Oliver pun dah ada kat situ tunggu kitorg. Terus dgn perasaan malas, letih dan sejuk, terpaksa I mengheret seberat 12kg ittew *jelas ke abangan I kan* ke rumah hinggap kami! Tak sbr uols...trus kuar mlm tu walaupun dah kul 12 lebih. Tempat pertama yg kami pergi: McDonald. yes...uols tak slh dgr...mmg McDonald. Ini lah satu2nye kedai yg bukak kat area hotel kami after midnight. Kami makan ayam sajorh and FYI, diorg charge 300utk cili sauce!
Group Hugs #1
Lepas sume dah kenyang makan, delegasi Malaysia dengan penuh cita ni nak jalan2 ke Han River lah dan ada jugak yg pasang impian utk meraih pingat emas pertama uols! Nan hado! Sume kedai dah tutup. Yg hado hanyalah kesejukan dan kepenatan! So, ard 2+, kitorg sume dah kecewa. Trus decide nak balik and tido! Tu jelah cite Day #1 I. Nanti I sambung lagi Day #2. Day tu panjang sket uols! Byk benda kami buat! 

P/s: I kecewa dgn suhu Malaysia yg terlalu panas!

xoxo

Tuesday, March 1, 2011

KUL-ICN-KUL

Anyeong Haseyo!


This entry is gonna be a short one. Pasal I sangat busy today. Boss kejar nak settlekan semua kerja by today. Doakan perjalanan I ok! 
New haircut 
Amboi. Senyum manis! Abg2 sgt kan
My new haircut uols! Pom pom kan! I tau! See uols again!


xoxo