Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

Dsquared2

Koleksi perfume terbaru I ialah: He Wood Rocky Mountain Wood by Dsquared2 and seperti biasa Ajax Shams yg tolong belikan kat Abu Dhabi. Thanks uols! Sedap bau dia!
Konsep Kayu Kayan raya tahun ni
Ni some of review pasal this perfume:

It belongs to collection Dsquared² Nature Always Wins, which is different, unique and complementary to other fragrances, as well as connected directly with theme of the house of Dsquared². Fragrance Dsquared² He Wood Rocky Mountain Wood was inspired by Canadian mountains and, as its name suggests, it is designed and dedicated to fans of nature. It is composed of rocky notes, mountain aromas and woody accords. The fragrance was created by Daphne Bugey, of such notes as amber, incense and musk, which reflect rocky notes, along with violet, Canadian lily and white pepper. Vetiver and cedar finish the composition.

Hado perfume uols bau Canadian mountains?

xoxo

Tuesday, August 23, 2011

Sakit Pinggang

Aduh.... Pinggang aku tetiba sakit start dr jm 5 petang semalam. Tatau sebab apa pinggang I sakit macam ni. Adakah ini mungkin ujian tuhan? Adakah ini akibat daripada gym berlebihan *hado alasan mals nak ke gym lepas bulan puasa*

Inilah keresahan yg aku alami
Tak mungkin I mengandung...Baru buang malam tadi
Disebabkan ittew, sesampai sahaja I di office pagi td, I telah membuat lawatan sambil belajar ke Twin Towers Medical Centre "Your Health Our Priority" *hado tagline gituh*.
Inilah stok ubat I
Kerisauan yg I alami telah berjaya dibuang. Kerna no more slip disc. Slip disc tak blh happen overnight uols. Ni muscle stress sajorh. Agak stress jugak lah I kat sini menahan sakit. Bulan puasa pulak tu. Nak makan ubat kena tunggu waktu berbuka. Yg paling I risau, Syawal dah semakin menjelma. Macam mana konsert malam raya I nanti kalau sakit ni berterusan? Mintak2 cepatlah sembuh. Amin....Uols doakan I ok! Salam Lebaran!

xoxo
 

Friday, August 5, 2011

Iftar - Day 4

Alhamdulillah. Selamat sudah hari ke-4. Semoga puasa kita semua pada hari ke-5 ni, akan lebih bermakna dan akan mendapat rahmat keatasNya. Semalam uols buka puasa apa? Seperti yg dijanjikan *mesti uols tunggu kan nak tau apa I buka puasa semalam* menu buka I seperti di bawah:
Kuih 3 Sehengget
Nasi Dagang Ikan Tongkol
Air Kacang Soya
Semua juadah ni I beli kat Bazaar Tasek Permaisuri. Kuih yg I beli sebenarnye kuih gulung yg dalam ada kelapa tu, kuih bakar and kuih talam ubi. Tapi talam ubi tu dah basi. Nasi Dagang I pulak, ikan nya banyak sgt tulang and keras. Air soya, I beli satu dapat free satu pasal dah kul 7+ and hujan and air dia byk lagi. Tapi sampai je kat rumah, satu bungkus air tu masih takde gula. Patutlah dia bg free. Gula mahal uols. I tatau pulak lepas ni nak makan apa...Uols ada idea? Please share dgn I.

xoxo

Thursday, August 4, 2011

Iftar - Day 3

Jam 5.40 I dah sibuk kemas bag nak balik rumah sbb nak beli barang berbuka puasa. Niat di hati mmg nak berbuka puasa kat rumah sendrik. Tapi bila terpikir balik, apa shj yg tinggal kat Bazaar Taman Desa tu, lantas I terus buat panggilan istimewa kepada insan istimewa *boleh ala2 kanak2 istimewa gitew* si Tasha. Tasha pulak masih lagi kat office, so boleh lah balik sama. Tunggu dia ard 6+ baru chow dr KLCC.

Sampai Bazaar Sri Permaisuri dah kul 7. So juadah berbuka puasa pada 3 Ramadhan:
RM4 satu bungkus ok! Mahal nak mamps

Sedap! Buy 5 free 1

Popiah Basah

Kuih lapis ubi

Nasi Beriyani Daging
I dah tatau nak buka apa lagi uols! Bila sampai kat bazaar tu, mmg ini je yg terpikir dan membuatkan I terliur. Takpe, maybe today I nak makan something new. Tapi kurang mengeyangkan sikit la....See how it goes! Uols buka apa semlm??? And waktu buka uols uols tgk tv tak? Cerita apa? Story lah dgn I....

xoxo

Wednesday, August 3, 2011

Nasi Kerabu

Menu I untuk buka puasa hari kedua ialah: Nasi Kerabu Daging + Telur Masin + Begedil + Roti John + Air Asam Boy.
Menjamu Selera
Hari kedua I dah tak tunggu lagi. Terus decide nak ke Bazaar Tasek Permaisuri and Ive decided to Iftar kat rumah Tasha. Adalah lebih baik berbuka puasa beramai2. Nasib baik dengan belas ehsan sog makcik ni, I dpt beli daging bakar shj...pasal daging bakar kedai yg I beli dah habis. Kalau tak, kempunan nak makan nasi kerabu daging. Yg penting, nasi kerabu bukan hado kat Taman Desa. Uols berbuka apa semlm? Tell me..Tell me..

xoxo

Salam Ramadhan 2011

Rasanya beum terlambat untuk I ucapkan dekat uols ....Salam Ramadhan... Hari ni dah masuk hari ke-3. Semoga kita semua akan mendapat rahmat dariNya untuk meneruskan ibadat puasa dengan penuh berkat.

I tak nak bg ceramah panjang2, just nak story kisah I pada hari pertama Ramadhan. Puasa tahun ni sgt mencabar buat diri I. 1st day of Ramadhan bersamaan dengan 1 August 2011, I report duty to new office. So first day kat new office adalah sgt mengantuk dan membosankan even perasaan tu excited to start my work.
My WorkStation
Time lunch hour, I tatau nak buat apa. Just browsing and do some reading on SOP and policies until jam 1.10 I baru pasan yg I tak kuar office langsung....zass.....I terus angkat kaki *make sure tonasi Sheeda angkat kaki uols* and turun KLCC jalan2 ke kedai Machines. Mengantuk gila kalau duduk je kat office.

My Pass uols *elok kan???*
Then, lepas je lunch tu, masa berlalu macam cepat plak. Coz I make myself busy dengan baca policies. I chow dr office at 5.30+ then undecided nak balik Kajang ke tak....coz takut jalan jam. At last, I terus buat keputusan utk beli kat Bazaar Taman Desa je. Sampai je kat Taman Desa, tup2 makanan sume dah habis. Yg tinggah, hanyalah saki-baki je..Sedih....Terus I call Monkey and we all rushed to Bazaar Tasek Permaisuri pergi bazaar sana plak. Sampai je bazaar Tasek, pun sama jugak uols. Majority semua stall dah habis. Sampai air pun sume habis. Sudahnya, I beli daging beriyani at 1 stall, nasi minyak at another stall and kuih semua dah habis.
Nasi Beriyani yg enak
Tapi, alhamdulillah sedap... berbekalkan acar buah *my favourite uols* Nanti I cerita menu hari kedua puasa pulak erk. Salam...

xoxo