Nuffnang

Friday, August 16, 2013

Fynn Jamal with Her Belacan

Salam hari Jumaat uols! I ada satu story yang agak kelakar. Pagi tadi I dengar kat radio Hot.fm *oh yes this is one of my favourite radio station....at least currently* Fafau berborak dengan click here for her blog --> Fynn Jamal. Well, I susah nak kenal artis-artis baru kat Malaysia sbb I jarang tgk channel2 Malaysia *artis kah dia*. I kan dilahirkan di Eropah *kalau2 uols dah lupa* jadi I lebih terpengaruh dengan rancangan mat saleh *sambil suap sambal belacan masuk ke mulut* Hado berangan!!

Secara ringkas, daripada yg I dengar kat radio tadi, Fynn Jamal ni pernah menetap/masih di Kazakhstan bersama suami dia. Maklumlah kat sana apa aje yg ada uols. Bukan macam kat London or New York, sume hado *mesti uols tatau kan*

So, selama setahun, Fynn Jamal tak makan makanan Malaysia. Mesti rindu gile. So, setelah setahun baru dia dapat tau macam mana family dia nak hantar makanan secara pukal melalui pos. Jom kita tengok youtube kat bawah ni:


Secara kesimpulannya uols, kita harus berterima kasih kerana masih dapat rasa makanan Malaysia. Namun sekali-sakala, kita patut jua suka makanan luar! Sekian!!

Aci suka makan nasi daun pisang juga
Terimalah pantun makanan dari I:

Jauh merantau ke negara orang
Jangan dilupa makanan tempatan
Makanan luar rasanya sedap kadang-kadang
Makanan tempatan apa yang uols suka?

Berikut adalah makanan kesukaan I:
  1. Nasi lemak Noorlin *emak saya*
  2. Laksa Penang
  3. Popiah basah
  4. Nasi briyani + acar buah
  5. Pelbagai kuih raya *amik feel bulan Syawal*
  6. Chocolate
  7. Dll *uols add lah sendirik*
Apa makanan favourite uols? Please share dengan I. I nak tau jugak!

xoxo


No comments :