Nuffnang

Thursday, August 22, 2013

Nahas di Karak

Takziah I ucapkan buat keluarga mangsa nahas bas jatuh dalam gaung di Karak Highway and speedy recovery kepada yang cedera. Terima kasih buat semua warga penyelamat!

Setakat ni 30 orang disahkan terkorban. Bas tu membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara, dan ia antara yang terburuk di Malaysia. Cuba uols tengok video di bawah sumber daripada: Berita Harian



Sesungguhnya, kemalangan tidak berbau! I baru terkata dalam hati last weekend untuk pergi Genting someday. Tapi bila dapat tau berita macam ni, terus seram. Jalan ke Genting Highlands adalah antara jalanraya yg I takut sgt utk lalu. Antara jalan-jalan lain seperti Jalan Bukit Putus dan ke Cameron Highland.


Bus Yang Terhumban Ke Dalam Gaung
Anggota Penyelamat Menggunakan Crane
I juga sertakan sumber dari: Click Here --> Utusan Online Kalau uols malas nak click, baca sajorh kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang di bawah:

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara. 

29 Okt 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 Sept 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 Nov 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 Nov 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Dis 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. 

Marilah sama-sama kita sedekahkan alfatihah untuk semua mangsa dan mereka yang telh pergi dulu sebelum kita. Pesanan I kepada uols: Hati-hati ketika memandu!

xoxo 

No comments :